Wednesday, 29 May 2013

DIA kekasih Allah


" sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu"...  -Al-Ahzab :21

"muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka...     "    - Al - Fath: 29

bahawasanya nabi muhammad itu telah diputerakan pada 12 rabiul awal,bersamaan dengan 20 april 571 masihi.
ayahanda baginda Abdullah Bin Abdul muthalib telah wafat sewaktu nabi masih di dalam rahim ibunya. bertepatan masanya, bonda nabi Aminah Binti Wahab pun melahirkan seorang putera tanpa cacat dan cela .Ibu Nabi telah menyusukan selama tiga hari.

kemudian baginda disusukan pula oleh tsuwaibah dan akhirnya diberi jagaan dan susuan oleh halimah sa'adyah yang membawa kedesanya diluar kota mekah. Tinggallah nabi dalam jagaan baik halimah selama empat tahun dan baginda dikembalikan semula kepada bonda baginda dibawah kawalan datuknya Abdul Muthalib.

Baginda menjadi yatim piatu pada usia enam tahun,setelah wafatnya bonda Nabi.maka tinggallah baginda dalam peliharaan datuknya hanya dalam tempoh dua tahun sahaja.setelah itu baginda dijaga dan dipelihara oleh ayah saudaranya Abu Thalib. Walaupun kehidupannya miskin, sebagai anak remaja baginda telah berikhtiar membantu  dengan mengambil upah menjaga dan membela kambing dan dengan upahan itulah baginda dapat menolong bapa saudaranya menyara kehidupan mereka sehari-hari.

Ketika berusia dua belas tahun ,bapa saudaranya Abu Thalib telah membawa Nabi ke negeri Syam (palestin) kerana berniaga.Dalam pemergian inilah baginda telah ditemui oleh seorang pendeta Nasrani dan beliau berpesan kepada bapa saudara Nabi agar memelihara baginda dengan baik kerana menurutnya Muhammad bakal menjadi seorang Nabi. 


No comments:

Post a Comment