Profile MTIS
PROFIL MAAHAD TAHFIZ IBNU SINA
“ Beriman, Berakhlak, Bertaqwa, Berguna kepada agama dan masyarakat ”
Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Taman Bunga Raya, Jalan Baru, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
NO TEL: 04-390 1518 (Pejabat Banat)
Maahad Tahfiz Ibnu Sina, Taman Kenari, 09000 Kulim Kedah Darul Aman
NO TEL: 013-399 1880 (Ustaz Nazim) 04-490 0013 (Pejabat Banin)
1.0 PENGENALAN
Maahad Tahfiz Ibnu Sina ditubuhkan atas kesedaran akan betapa pentingnya ilmu al-Quran dan ilmu Fardhu ‘ain kepada masyarakat. Oleh yang demikian, pada tahun 2001 tanah wakaf di Taman Bunga Raya telah dibangunkan atas hasil cetusan idea tiga individu iaitu, Tuan Haji Shafer bin Othman, Ustaz Haji Shafei bin Che Nik dan Encik Mohamad Nor bin Kabir.
Setelah berganding bahu dan bekerjasama, akhirnya maahad ini dapat beroperasi dan akhirnya pada 10 Januari 2007 maahad ini telah dikuatkuasakan. Alhamdulillah, setelah usianya menaiki 4 tahun, jumlah pelajarnya melonjak kepada angka melebihi 162 orang.
2.0 VISI DAN MISI
Visi adalah menjadikan MTIS sebagai institut yang berjaya mendidik pelajar menjadi insan yang beriman, berakhlak, bertaqwa dan berguna kepada agama dan masyarakat
Misi adalah untuk :-
•
Membentuk sebuah generasi yang celik al-Quran dan Fardhu ‘ain
•
Menekankan aspek disiplin dan akhlak kepada pelajar
•
Menanamkan sifat cintakan akhirat dikalangan pelajar agar bertambah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T
•
Berusaha menjadikan setiap pelajar individu yang mempunyai pelbagai kepakaran khasnya berkaitan kehidupan bermasyarakat.
•
Menjadikan bahasa arab sebagai bahasa rasmi dalam kehidupan di MTIS.
SASARAN
•
Pelajar lelaki dan perempuan beragama Islam
•
Anak-anak berumur antara 9-14 tahun
•
Berminat untuk menjadi seorang penghafaz dan pengamal Al -Quran
TENAGA PENGAJAR Anak didik MTIS dididik oleh guru-guru yang terbaik yang juga merupakan para huffaz yang telah menamatkan pengajian mereka dari pelbagai institut di Malaysia dan luar Negara. Kini MTIS mempunyai 25 orang tenaga pengajar dan pengurusan iaitu:
•
21 orang guru Tahfiz
•
2 orang kerani
•
2 orang tukang masak
3.0 PEMBIAYAAN OPERASI
Pembiayaan operasi adalah sepenuhnya dari :-
SUMBER KEWANGAN
-
Yuran pelajar RM 250 (setiap bulan)
-
Sumbangan individu
-
Jualan Produk Tahfiz
-
Perkhidmatan Perubatan
PERBELANJAAN BULANAN JANGKAAN UNTUK 162 PELAJAR
PERKARA RM JUMLAH (RM)
Makan / Minum 162 pelajar x RM4 sehari x 30 hari 19,44 0.00
Gaji / upah guru dan tenaga kerja 25 orang 23,0 00.00
Elektrik /Air / Telefon Purata bulanan 3,000.00 Sewaan Purata bulanan 3,00 0. 00 Penyelenggaran pejabat dan sekolah Purata bulanan 1,000.00
Jumlah keseluruhan 49,44 0.00
HASIL Jumlah Pelajar Yang Membayar Yuran (141orang x RM 250.00) RM 35,250.00
Jumlah diterima sebulan oleh MTIS RM 35,250.00
Jumlah Pelajar Yang Ditanggung oleh MTIS (Pelajar Cambodia dan Yatim Piatu) (21 orang x RM 250.00) RM 5,250.00
Jumlah Tambahan Kewangan Diperlukan Sebulan (RM 14,190.00)
CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KOS TANGGUNGAN BULANAN MTIS
1.
Sumbangan zakat / sedekah sebahagian waris dan orang ramai / syarikat
2.
Sumbangan bahan-bahan mentah dari waris dan orang ramai / syarikat
4.0 SISTEM PENGAJIAN
Dalam usaha MTIS untuk melahirkan Rijal yang berdisiplin dan berakhlak, pihak MTIS telah
membahagikan waktu pengajian pelajar selama 4 tahun disini kepada 3 bahagian di dalam setahun. Pihak
MTIS juga telah menetapkan target hafazan yang perlu di capai oleh setiap pelajar iaitu 70% pencapaian
sebelum pelajar dibenarkan balik bercuti.
Bagi menguji tahap kefahaman dan kebolehan pelajar, mereka di uji melalui ujian dan peperiksaan
samada bertulis atau lisan. Peperiksaan dijalankan di penghujung setiap penggal iaitu pada bulan yang
ketiga setiap penggal.
MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN
Al-Quran Syafawi dan Tahriri, Hadith/ Hukama’, Fardhu Ain, Tajwid, Akhlak, ilmu perubatan
berteraskan Islam seperti Rawatan resdung, urutan refleksologi dan seumpamanya sebanyak 18 jenis
ilmu dalam tempoh 3 tahun. Disamping itu, pelajar turut di ajar mata pelajaran Bahasa Arab dan Bahasa
Inggeris.
AKTIVITI KURIKULUM DAN KO-KURIKULUM
Keistimewaan pelajar MTIS adalah kerana mereka mempunyai jadual berkala untuk setiap aktiviti
sepanjang berada di MTIS. Aktiviti mereka dibahagikan seperti berikut.
I.
Aktiviti Harian
Rutin harian pelajar MTIS bermula pada jam 4.30 pagi dan berakhir pada jam 10.45 malam. Pelajar
diwajibkan tasmi’ hafazan setiap awal pagi dan menghadiri kelas yang telah ditetapkan pada jam 9.30
pagi. Selepas solat maghrib, setiap pelajar akan memulakan hafalan baru. Disamping itu, anak didik MTIS
diwajibkan untuk menunaikan solat dhuha, taubat, hajat, witir dan qailulah (tidur sebelum waktu zohor).
Pelajar juga digalakkan untuk berpuasa sunat hari Isnin dan khamis.
II.
Aktiviti Mingguan
Antara program mingguan pelajar adalah perbarisan pagi, aktiviti ko-kurikulum seperti kawat, renang,
kursus-kursus yang berkaitan seperti kursus imam, bilal, kursus berkhutbah, solat jumaat, solat sunat hari
raya, pengurusan jenazah, kursus tahlil dan arwah, kursus solat khauf dan solat istisqa’ dan sebagainya
yang berkait rapat dengan hal-hal kemasyarakatan.
Selain itu, sesama pelajar akan bergotong-royong untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah
dan adakalanya turun bersama membantu masyarakat di sekitar mengikut keperluan mereka.
III.
Aktiviti Bulanan
-
Majlis Muhadhoroh iaitu program yang yang di anjurkan bagi mencungkil bakat terpendam
pelajar-pelajar MTIS.
-
Rehlah (berdasarkan performance pelajar)
-
Menghadiri jemputan dari luar khasnya program yang berkaitan khidmat kepada masyarakat
seperti gotong-royong, majlis-majlis keraian dan sebagainya
IV.
Aktiviti Tahunan
-
Menyertai pertandingan anjuran pihak luar seperti hafazan, nasyid, azan, dan sebagainya.
-
Lawatan sambil belajar
-
Majls keraian sempena bulan-bulan Islam seperti Maulidur rasul
-
Kursus Sempena cuti sekolah seperti Kem Ibadah dan Penghayatan al-Quran
SYARAT KEMASUKAN PELAJAR
i)
Berumur 8-13 tahun
ii)
Mempunyai minat dan keinginan yang tinggi
iii)
Boleh membaca jawi atau rumi
iv)
Lulus temuduga MTIS
RANGKAIAN LUAR
Maahad Tahfiz Ibnu Sina yang ditubuhkan secara rasmi pada awal 2007, namun kini telah mempunyai
rangkaian atau kerj sama luar. Antaranya:
i)
Ma’had Qiraat al-Azhar Amal Aimy Zdalifah, Alor setar (untuk ke Syubro, Mesir)
ii)
Ma’had Tahfiz Turkey Jalan Semarak, kuala Lumpur (untuk ke Turki jurusan Qiraat dan ‘alim)
iii)
Yayasan ITMAM PATANI, untuk ke Yemen
Selain itu, pihak pentadbiran MTIS juga membuka ruang kepada pelajar MTIS yang berminat untuk
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelajar MTIS berpeluang berdaftar di:
a)
Madrasah Al-Masriyah Bukit Mertajam
b)
Madrasah Ihsaniah Simpang Empat Tambun
c)
Madrasah Al-Aminiah, Permatang Pauh
Subscribe to:
Posts (Atom)
Assalamualaikum wrt wbt..Macam mna nk dpatkan no telefon maahad tahfiz darul madinah?? syukran jazilan
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz
ReplyDeleteAnak saya minat nak hafaz 30 juz Quran dengan tidak abaikan akademik di maahad tuan. Dia sedang tunggu keputusan PT3(menengah kebangsaan) yg akan keluar pada Disember2016 ini.
Bagaimana bolehkah anak saya bersekolah disana.
Anak saya anak yang baik dan rajin.
Harap ustaz dapat bantu
Wassalam
Shaiful
0192383994
Assalamualaikum ustaz saya nk tanya madrasah banat di pulau Pinang lh
ReplyDelete