Wednesday, 29 May 2013

DIA kekasih Allah


" sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu"...  -Al-Ahzab :21

"muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka...     "    - Al - Fath: 29

bahawasanya nabi muhammad itu telah diputerakan pada 12 rabiul awal,bersamaan dengan 20 april 571 masihi.
ayahanda baginda Abdullah Bin Abdul muthalib telah wafat sewaktu nabi masih di dalam rahim ibunya. bertepatan masanya, bonda nabi Aminah Binti Wahab pun melahirkan seorang putera tanpa cacat dan cela .Ibu Nabi telah menyusukan selama tiga hari.

kemudian baginda disusukan pula oleh tsuwaibah dan akhirnya diberi jagaan dan susuan oleh halimah sa'adyah yang membawa kedesanya diluar kota mekah. Tinggallah nabi dalam jagaan baik halimah selama empat tahun dan baginda dikembalikan semula kepada bonda baginda dibawah kawalan datuknya Abdul Muthalib.

Baginda menjadi yatim piatu pada usia enam tahun,setelah wafatnya bonda Nabi.maka tinggallah baginda dalam peliharaan datuknya hanya dalam tempoh dua tahun sahaja.setelah itu baginda dijaga dan dipelihara oleh ayah saudaranya Abu Thalib. Walaupun kehidupannya miskin, sebagai anak remaja baginda telah berikhtiar membantu  dengan mengambil upah menjaga dan membela kambing dan dengan upahan itulah baginda dapat menolong bapa saudaranya menyara kehidupan mereka sehari-hari.

Ketika berusia dua belas tahun ,bapa saudaranya Abu Thalib telah membawa Nabi ke negeri Syam (palestin) kerana berniaga.Dalam pemergian inilah baginda telah ditemui oleh seorang pendeta Nasrani dan beliau berpesan kepada bapa saudara Nabi agar memelihara baginda dengan baik kerana menurutnya Muhammad bakal menjadi seorang Nabi. 


info kem celik alquran dan dekati solat

assalamualaikum.

mtis telah menetapkan program tahunan sempena musim cuti sekolah hujung tahun  pada setiap tahun, program ini dinamakan kem celik alquran dan dekati solat

kem ini diadakan bagi melahirkan insan yang celik/boleh membaca alquran dan tahu solat serta banyak lagi...
didalam kem ini kami banyak menerapkan tentang fardhu ain serta doa, dan permainan bermodiul ,peserta juga diberi ujian bagi melihat hasil penerapan/hafalan kepada mereka.

kem ini berlangsung selama 10 hari ,tertakluk kepada keadaan pihak mtis,

perkara yang perlu dibawa ketika kem

1) baju kurung/jubah
2) t-shet labuh (perempuan) /trek suit
3) alquran
4) peralatan mandi
5) telekung
6) baju melayu (lelaki)
7)bantal/selimut/toto
8)peralatan tulis menulis
9)quran

syarat2 masuk kem
1) terbuka kepada 9 tahun keatas
2)sihat tubuh badan
3)mematuhi segala peraturan kem dari semasa ke semasa
4) bekerjasama dan memberi komitmen sepanjang kem berjalan
5)tidak akan meminta ganti rugi sepanjang program berlangsung jika berlaku sesuatu yang tidak diingini
6)sertakan satu salinan kad pengenalan/sijil lahir serta gambar pasport
7)mendaftar pada tarikh yang ditetapkan
8)borang hendaklah  diserahkan kepada pejabat mtis sebelim kem bermula
9)yuran tertakluk kepada perubahan hari dan sebagainya
10)sebarang info boleh sila lihat di blog atau page.facebook mtis dari semasa ke semasa

                    www.facebook.com/maahadtahfizibnusina



Wednesday, 22 May 2013

dialu-alukan untuk salurkan sumbangan

Assalamualaikum semua, mtis memerlukan dana untuk renovate tempat pengajian pelajar lelaki di mtis kulim,kos renovate dianggarkan sebanyak Rm10000.00 dan juga penginapan pelajar banat di BM yang dianggarkan untuk renovate sebanyak RM14000.00, mohon kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan sila bank in ke akaun mtis atas nama MAAHAD TAHFIZ IBNU SINA.
segala jasa baik dari pihak tuan/puan hanya Allah yang dapat membalas.syukran jazilan 
NO AKAUN MYBANK ( 557090504851)NO AKAUN BANK MUAMALAT (07010002316715)


Tuesday, 21 May 2013

pakaian seragam banat - layari blog kami


barang-barang yang perlu/boleh dibawa  ,pihak mtis telah mengehadkan setiap barang untuk setiap pelajar  bagi memudahkan urusan pembelajaran ,dan supaya ada pelajar yang tidak membawa barang-barang terlarang




barang keperluan pelajar lelaki-layari blog kami


barang-barang yang perlu/boleh dibawa  ,pihak mtis telah mengehadkan setiap barang untuk setiap pelajar  bagi memudahkan urusan pembelajaran ,dan supaya ada pelajar yang tidak membawa barang-barang yang dilarang



maklumat yuran pendaftaran-layari blog kami

kepada waris-waris yang ingin memasukkan anak-anak ke maahad tahfiz ini boleh bermula untuk menyemak maklumat yang kami paparkan di blog ini.... untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi kami segera..

segala maklumat ini datang dari pihak mtis dan kami mengalu-alukan tuan -puan untuk melihat /ziarah blog /facebook kami dahulu.jika tuan-puan berminat boleh la menghubungi kami untuk sebarang rujukan dan lain-lain

pakaian rasmi pelajar banat mtis-layari blog kami

ada beberapa pakaian rasmi pelajar banat maahad tahfiz ibnusina ,untuk memudahkan tuan puan membeli kain boleh tengok contoh-contoh warna kain disini...semoga dimudahkan urusan tuan puan.



Saturday, 18 May 2013

pengambilan pelajar baru sesi kedua 2013

assalamualaikum ...

pengambilan pelajar baru sesi kedua,sebarang maklumat dan pertanyaan boleh hubungi no dibawah, borang boleh diambil di mtis , kelulusan tertakluk kepada terma dan syarat