Monday, 15 April 2013

KEM CELIK ALQURAN & DEKATI SOLAT

Mtis akan menganjurkan kem sempena cuti sekolah pada setiap cuti hujung tahun,kem ini dinamakan KEM CELIK ALQURAN, disini kami memaparkan gambar-gambar aktiviti,gelagat peserta .fasilitator serta urusetia,untuk mengetahui perkembangan semasa sila ikuti blog,page serta facebook kami setiap masa.



 makan berjemaah
 motivasi
 pendaftaran


 suapan kasih seorang sahabat



 tazkirah-penerangan cara sunnah
 bersama fasilitator


 menghafal
 mengetahui cara hafazan





 mencari harta karon


SUKATAN PELAJARAN MTIS


JADUAL PEMBELAJARAN MTIS


baju seragam pelajar mtis


Thursday, 11 April 2013

KENAPA TAHFIZ INI DINAMAKAN IBNUSINA


Tahfiz ibnu sina ditubuhkan dan dimasukkan satu pelajaran khusus iaitu perubatan islam dan diberikan nama tahfiz ini sebagai tahfiz perubatan ibnusina ,ibnu sina diambil dari nama tokoh perubatan islam sempena pelajaran perubatan yang dimasukkan khusus untuk para pelajar.. jom kita kenali siapa tikoh perubatan islam?


Ibnu Sina


  • Nama sebenar beliau ialah Al-Hussain bin Abdullah bin Al-hasan bin Ali bin sina.
  • Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di timur dan Avicenna di barat.
  • Beliau dilahirkan pata tahun 370 Hijrah bersamaan dengan tahun 980 Masihi di Afsyanah,Bukhara,Turkistan.
  • Beliau berasal daripada keturunan Turki.
  • Bapanya ialah pengusaha Kharmathain , Bukhara.
  • Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 hijrah dengan tahun 1000 masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm,Jurjan, Rai dan Hamazan.
  • Beliau pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung Amir Ala Al-Daulah di Asfahan.
  • Beliau meninggal dunia pada tahun 428 Hijrah bersamaan dengan tahun 1037 Masihi di Hamazan ketika berumur 58 tahun.

KEPERIBADIAN IBNU SINA

  • Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam mempelajari ilmu. Beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak 40 kali.
  • Ibnu Sina seorang yang taat beragama.beliau sering berdoa kepada Allah SWT terutama apabila beliau menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan masalah. Beliau sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada Allah SWT.
  • Seorang yang pintar. Beliau berjaya menguasai pelbagai ilmu naqliah (ilmu agama) ketika beriusia lapan belas tahun.
  • Seorang yang berinovatif. Ibnu Sina banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam bidang perubatan.
Ketika usiaku menginjak 18 tahun, aku telah berhasil menyelesaikan semua bidang ilmu
-Ibnu Sina-

PENDIDIKAN IBNU SINA

  • Ibnu sina mempelajari ilmu Al-Quran semenjak berusia lima tahun.
  • Beliau menghafaz Al-Quran ketika berumur sepuluh tahun.
  • Beliau mempelajari ilmu fikah dan tasawuf daripada Ismail Al- Zahid, ilmu hisab dan prinsip-prinsip geometri daripada Muhammad Al-Masaah, ilmu falsafah daripada Abu Abdillah Al- natili, serta ilmu sains dan ilmu astronomi daripada Al-Biruni.
  • Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan.
  • Berkat kesungguhan yang tidak mengenal jemu, beliau muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.

KETOKOHAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN

  • Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.
  • Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat penguasa Bukhara Nuh bin Mansur, pengusaha Jurjan Al- Amir Syams Ma` ali Qabus bin wasyamkir, pengusaha Asfahan Al-Amir Ala Al- daulah.
  • Ibnu Sina menghasilkan banyak karya terutama dalam bidang perubatan. Contohnya Al-Qanum Fit Tib, Al-Adawiah Al-Qalbiah, dan Al-Alfiah Al- Tibbiah.
  • Karya-karya tersebut telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa latin, Hebrew dan Inggeris.
  • Ibnu Sina berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan


-Penemuan penyakit baru serta puncanya.
-Pengaruh kuman dalam penyakit.
-Jangkitan virus seperti TB dan sebagainya.
-Penyakit seperti rubella, alahan(allergy), cacar (smallpox), penyakit jiwadan seumpamanya
-Penemuan dalam bidang farmasi
-Menghasilkan ubat dan preskripsi yang mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.
-Ubat bius
-Mencipta benang khusus untuk menjahit luka pembedahan.
-Mencipta picagari dan lain-lain

Sunday, 7 April 2013

MULIA SEORANG PENDIDIK

Assalamualaikum... 

jawatan kosong menanti ...kalau berminat boleh call ya